Rabu, 30 September 2009

Jemputan Mesyuarat AJK Blok B3 Untuk Program Sambutan Mesra Aidil Fitri Parsel 7 Presint 9

Assalamu'alaikum wrt. wbt

Tuan-tuan yang dihormati sekalian,

Sebagaimana yang tuan-tuan sedia maklum, satu program Sambutan Mesra Aidil Fitri penduduk
Parsel 7, Presint 9 akan diadakan pada 10 Oktober 2009 di Dewan Parsel 7 bermula pada 9.00 Malam.
Program ini adalah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Al Islah Parsel 7.

2. Jemputan ke Program dan aturcara akan di kendalikan oleh pihak penganjur.

3. Setiap blok telah ditugaskan untuk menyediakan satu menu untuk program tersebut. Menu untuk blok B3
adalah Laksa Penang.

4. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat AJK Blok B3 akan diadakan untuk membincangkan mengenai
kutipan sumbangan dari penduduk blok B3 dan juga pembahagian tugas serta lain-lain isu.
Mesyuarat akan di adakan pada 1 Okt 2009 (Khamis) 9.30 Malam di B3-T06-U07 (Rumah Ketua Blok).

5. Kerjasama dari tuan-tuan untuk menghadirkan diri adalah amat di alu-alukan dan didahalui dengan terimakasih.

Sekian.

Che Mohd Firdaus Bin Che Mohd Razali
Setiausaha Blok B3,
Parsel 7, Presint 9.
017-9840691

Isnin, 28 September 2009

Makluman Awal Sambutan Aidil Fitri Parsel 7, Presint 9

Tuan-tuan yang dihormati sekalian,
Pihak Jawatankuasa Surau Al Islah, Parsel 7, Presint 9 sedang mengambil inisiatif untuk mengadakan satu majlis sambutan Aidil Fitri untuk semua penduduk parsel 7. Majlis ini dirancangkan untuk diadakan di Dewan Utama Parsel 7, pada minggu ketiga Syawal (Mungkin 10 atau 11 Oktober).
Sehubungan dengan itu satu mesyuarat berkaitan akan diadakan oleh Jawatankuasa Surau pada hari Rabu 30hb Sept 2009 (selepas Solat Isyak) di Surau Al Islah. Tuan-tuan semua yang berkelapangan adalah di jemput hadir pada mesyuarat tersebut untuk menjayakan lagi program yang akan dirancangkan.
Sekian dari saya,
Yusairi Amir Bin Nik Abas
Ketua Blok B3,Parsel 7, Presint 9.

Khamis, 3 September 2009

Dari En. Haidi (haidi@nwbm.com)

Assalamualaikum.....
Selamat Menyambut Ramadan...

Dari En. Mohtar Wahab (Bendahari).

Assalamu'alaikum,.....
Untuk pengetahuan semua Ahli Jawatankuasa Blok B3 Parcel 7 Precint 9, pada tarikh 19 april 2009 yang lalu telah diadakan mesyuarat di Surau Al-islah dan pada penghujung mesyuarat semua AJK telah memberi kepercayaan melantik sy sebagai Bendahari sekali gus pada akhir mesyuarat telah dilakukan kutipan wang dan masih lg ada dalam simpanan sy....jika ada sebarang cadangan boleh kiranya merujuk kpd sy..
Mohtar B Wahab (017-2383734)B3-T14-U02