Jumaat, 9 Oktober 2009

Mesy Program Mesra Aidilfitri Fasa 7

Assalamualaikum Wrt Wbt,

Tuan-tuan yang di hormati.

Satu mesyuarat bersama Jawatankuasa Surau Al-Islah dgn seluruh ketua ketua blok dan Jawatankuasa Blok bagi membincangkan Program Mesra Aidilfitri Fasa 7 akan diadakan pada hari ISNIN (12 October 2009) Selepas solat Isyak (8.45 Malam) di Surau Al - Islah Fasa 7.
Di harap ketua-ketua Blok dapat memaklumkan kepada seluruh jawatankuasa blok.
keperihatinan tuan - tuan amat di hargai

Terima Kasih

Yang Menjalankan Tugas
Omar.Rajab S/U Surau Al - Islah

Isnin, 5 Oktober 2009

Pertandingan Futsal Komuniti Penduduk Kuarters Putrajaya, KLIA Dan Kuala Lumpur

Tuan-tuan yang dikasihi,
Pihak Bahagian Pengurusan Hartanah selaku urusetia pertandingan telah menghantar jemputan kepada semua pengerusi persatuan penduduk Kuarter bahawa pertandingan Futsal akan diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2009 di Gelanggang Futsal terbuka komplek sukan Taman Pancarana, Presint 18, Putrajaya bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2009.
Diantara syarat pertandingan adalah ianya terbuka kepada penghuni kuarters dan kategori lelaki sahaja. Setiap pasukan hendaklah terdiri dari 5 pemain utama dan 5 pemain simpanan.
Yuran penyertaan adalah RM30 untuk satu pasukan. Pertandingan dijalankan secara liga pada pusingan awal dan kalah mati pada pusingan seterusnya. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Oktober 2009 (Isnin)
Hadiahnya, Johan RM500, N Johan RM300, Ketiga RM200, Ke4 RM100.
Tolong war-warkan. Kalu berminat dan ada sambutan, kita boleh hantar wakil blok ke pertandingan.
Yusairi Amir Nik Abas
019-3301142
Blok B3
Parsel 7, Presint 9.

Perubahan Tarikh dan Mesyuarat Membincangkan Program Surau Bersama Ahli P'limen Putrajaya Serta Sambutan Mesra Aidil Fitri

Tuan-Tuan yang dikasihi sekalian,

Sebagaimana yang sedia tuan-tuan maklum iaitu pihak penganjur program Sambutan Mesra Aidil Fitri telahpun menunda tarikh program Sambutan Mesra AidilFitri sebagaimana yang telah dirancangkan sebelum ini disebabkan masalah kelulusan tempat program.
Walaubagaimanapun pihak J/Kuasa Surau selaku penganjur program berhasrat untuk mengadakan program Sambutan Mesra Aidil Fitri yang disekalikan dengan Program Surau bersama Ahli Parlimen Putrajaya pada tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan nanti.
Sehubungan dengan itu pihak J/Kuasa Surau akan mengadakan satu mesyuarat perbincangan yang akan diadakan pada Rabu 7/10/2009 (selepas solat Isyak) di Surau Al Islah . Segala butiran program akan di beritahu oleh pengerusi surau Al Islah iaitu Ustaz Haromain Othman.
Diharap pada tuan-tuan AJK Blok B3, Parsel 7 yang berkelapangan untuk menghadiri mesyuarat perbincangan tersebut. Semoga kehadiran tuan-tuan akan membantu menjayakan program demi untuk kebaikan kita bersama.
Yusairi Amir Nik Abas
Ketua Blok B3,
Parsel 7, Presint 9 Putrajaya.