Isnin, 28 September 2009

Makluman Awal Sambutan Aidil Fitri Parsel 7, Presint 9

Tuan-tuan yang dihormati sekalian,
Pihak Jawatankuasa Surau Al Islah, Parsel 7, Presint 9 sedang mengambil inisiatif untuk mengadakan satu majlis sambutan Aidil Fitri untuk semua penduduk parsel 7. Majlis ini dirancangkan untuk diadakan di Dewan Utama Parsel 7, pada minggu ketiga Syawal (Mungkin 10 atau 11 Oktober).
Sehubungan dengan itu satu mesyuarat berkaitan akan diadakan oleh Jawatankuasa Surau pada hari Rabu 30hb Sept 2009 (selepas Solat Isyak) di Surau Al Islah. Tuan-tuan semua yang berkelapangan adalah di jemput hadir pada mesyuarat tersebut untuk menjayakan lagi program yang akan dirancangkan.
Sekian dari saya,
Yusairi Amir Bin Nik Abas
Ketua Blok B3,Parsel 7, Presint 9.

1 ulasan:

  1. Dengar-dengarnya setiap blok kena sediakan satu menu. Apa le agaknya menu blok kita ye?.

    BalasPadam