Rabu, 30 September 2009

Jemputan Mesyuarat AJK Blok B3 Untuk Program Sambutan Mesra Aidil Fitri Parsel 7 Presint 9

Assalamu'alaikum wrt. wbt

Tuan-tuan yang dihormati sekalian,

Sebagaimana yang tuan-tuan sedia maklum, satu program Sambutan Mesra Aidil Fitri penduduk
Parsel 7, Presint 9 akan diadakan pada 10 Oktober 2009 di Dewan Parsel 7 bermula pada 9.00 Malam.
Program ini adalah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau Al Islah Parsel 7.

2. Jemputan ke Program dan aturcara akan di kendalikan oleh pihak penganjur.

3. Setiap blok telah ditugaskan untuk menyediakan satu menu untuk program tersebut. Menu untuk blok B3
adalah Laksa Penang.

4. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat AJK Blok B3 akan diadakan untuk membincangkan mengenai
kutipan sumbangan dari penduduk blok B3 dan juga pembahagian tugas serta lain-lain isu.
Mesyuarat akan di adakan pada 1 Okt 2009 (Khamis) 9.30 Malam di B3-T06-U07 (Rumah Ketua Blok).

5. Kerjasama dari tuan-tuan untuk menghadirkan diri adalah amat di alu-alukan dan didahalui dengan terimakasih.

Sekian.

Che Mohd Firdaus Bin Che Mohd Razali
Setiausaha Blok B3,
Parsel 7, Presint 9.
017-9840691

Tiada ulasan:

Catat Ulasan