Isnin, 5 Oktober 2009

Pertandingan Futsal Komuniti Penduduk Kuarters Putrajaya, KLIA Dan Kuala Lumpur

Tuan-tuan yang dikasihi,
Pihak Bahagian Pengurusan Hartanah selaku urusetia pertandingan telah menghantar jemputan kepada semua pengerusi persatuan penduduk Kuarter bahawa pertandingan Futsal akan diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2009 di Gelanggang Futsal terbuka komplek sukan Taman Pancarana, Presint 18, Putrajaya bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2009.
Diantara syarat pertandingan adalah ianya terbuka kepada penghuni kuarters dan kategori lelaki sahaja. Setiap pasukan hendaklah terdiri dari 5 pemain utama dan 5 pemain simpanan.
Yuran penyertaan adalah RM30 untuk satu pasukan. Pertandingan dijalankan secara liga pada pusingan awal dan kalah mati pada pusingan seterusnya. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Oktober 2009 (Isnin)
Hadiahnya, Johan RM500, N Johan RM300, Ketiga RM200, Ke4 RM100.
Tolong war-warkan. Kalu berminat dan ada sambutan, kita boleh hantar wakil blok ke pertandingan.
Yusairi Amir Nik Abas
019-3301142
Blok B3
Parsel 7, Presint 9.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan