Isnin, 5 Oktober 2009

Perubahan Tarikh dan Mesyuarat Membincangkan Program Surau Bersama Ahli P'limen Putrajaya Serta Sambutan Mesra Aidil Fitri

Tuan-Tuan yang dikasihi sekalian,

Sebagaimana yang sedia tuan-tuan maklum iaitu pihak penganjur program Sambutan Mesra Aidil Fitri telahpun menunda tarikh program Sambutan Mesra AidilFitri sebagaimana yang telah dirancangkan sebelum ini disebabkan masalah kelulusan tempat program.
Walaubagaimanapun pihak J/Kuasa Surau selaku penganjur program berhasrat untuk mengadakan program Sambutan Mesra Aidil Fitri yang disekalikan dengan Program Surau bersama Ahli Parlimen Putrajaya pada tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan nanti.
Sehubungan dengan itu pihak J/Kuasa Surau akan mengadakan satu mesyuarat perbincangan yang akan diadakan pada Rabu 7/10/2009 (selepas solat Isyak) di Surau Al Islah . Segala butiran program akan di beritahu oleh pengerusi surau Al Islah iaitu Ustaz Haromain Othman.
Diharap pada tuan-tuan AJK Blok B3, Parsel 7 yang berkelapangan untuk menghadiri mesyuarat perbincangan tersebut. Semoga kehadiran tuan-tuan akan membantu menjayakan program demi untuk kebaikan kita bersama.
Yusairi Amir Nik Abas
Ketua Blok B3,
Parsel 7, Presint 9 Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan